Saturday, April 24, 2010

:: dE l0vE ::


semua orang inginkan sebuah keluarga yang bahagia didunia dan akhirat. keinginan ini adalah keinginan yang amat diimpi-impikan oleh setiap insan bernama manusia yang sudah berkeluarga mahupun bakal berkeluarga suatu hari nanti..i.ALLAH...

apabila perkahwinan terjadi di antara dua insan berlainan jantina bersama ikatan ijab dan qabul dengan bersatunya hati dan cinta yang suci tanpa berlandaskan nafsu semata-mata, kebahagiaan rumahtangga pasti bahagia kerana cinta yang bersulam tanpa nafsu adalah cinta sejati.

selain itu, untuk mendapat cinta yang sejati, kita perlu berwaspada akan setiap apa yang kita lakukan. jangan mengajar cinta itu dengan harta benda namun ajarlah ia serta didiklah dan pupuklah ia dengan kasih sayang. apabila harta mendahului dari kasih sayang maka kebahagiaan dalam rumahtangga akan pudar begitu sahaja..dan harus diingatkan jua, harta mudah dicari tetapi kasih sayang yang suci lagi murni amat sukar dicari terlalu sukar untuk dipupuk. jangan nanti bila dah terhantuk baru nak tergadah..

tak salah untuk mencari harta, tetapi bagaimana pula dengan keluarga yang kita bina dengan impian serta harapan yang menggunung untuk mendapat 'happy family' @ ' rumahku syurgaku'..adakah ia akan bahagia dengan harta yang kita cari itu dapat memberi kebahagian dalam institusi kekeluargaan? sebaiknya ialah kita perlu seimbangkan kedua-duanya supaya rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat dan benar2 menemui cinta sejati yang kita cari selama ini. namun jangan pula kita lupa akan akhirat..semuanya perlu seimbang.

p/s: utk diri ni dan pembaca2 semua, sama2lah kita renung2kan..

No comments:

Post a Comment

:: teRimAlaH perMohonAnku yA tuHan... ::

:: pErinGatAn beRsaMa ::