Saturday, November 20, 2010

:: sUkA sUKi keHidUpaN ::

Align Center
selamat malam diucapkan kepada tetamu malam yang menjenguk blog ni.. lame dah wase x up-date.. ginilah bila dan g belajar, nak up-date kt asrama boleh je tapi bila fikir2 kembali, mood perlu ada untuk layan up-date ni supaya apa yang nak di up-datekan menjadi.
setelah sekian lama, kini diriku ingin berkongsi something bersama teman yang sentiasa setia melawati blog yang kurang menarik ini.
pada kali ini, kisah yang ku ingin kongsi bersama tatapan pembaca ialah kehidupan..hidup kita penuh dengan warna-warni. sepertimana yang kita ketahui, hidup kita ni x lari dari dugaan. bermacam-macam dugaan yang menimpa kita sebagai makhluk yang lemah dan sering alpa pada yang ESA. kenapa ku kata seperti ini?
erm..cuba kita renung kembali apa yang sudah berlaku dalam satu kehidupan yang dipinjamkan nyawa buat seketika..dimana, hidup ni penuh dengan onak dan duri..
kekadang kita di atas, kekadang kita dibawah. ia seperti roda. ada masa ia bergerak pantas dan ada masa ia bergerak perlahan. ini di sebabkan oleh lumrah hidup serta putaran hidup yang telah kita lalui setiap individu itu berbeza. ia hanya boleh dipandu oleh kita sendiri tentang bagaimana kita melaluinya. setiap detik kehidupan ini pasti akan tercalit kenangan yang di bina samada kita berada di dalam sedar mahupun tidak..
apabila diri menerima berita kegembiraan, harus diingatkan jangan terlalu gembira akan berita tersebut kerana apabila kita leka bergembira, kesedihan mudah datang kerana ia hadir tanpa diduga. namun apabila kesedihan mula tercalit di dalam hidup, segeralah hadirkan kegembiraan bersama ia supaya hidup tidak dirundung kepiluan serta datangkanlah ia dengan hati yang terbuka bersama alunan kekuatan, kecekalan ia dan ketabahan..pasti kesedihan sedikit demi sedikit dapat diusir dari memori hati yang terbuku dek kemurungan yang diulik oleh kesedihan.
tidak dinafikan ketika usia kita yang masih diperingkat keremajaan inilah banyak perkara yang timbul. ia bergantung kepada diri sendiri untuk men 'cover' kannya. terpulang pada kreativiti masing2 tentang bagaimana cara untuk mewarna-warnikan hidup mereka.
pernah x bila anda sedang dibuai oleh ketawa dek kegembiraan, airmata tiba2 mengalir tanpa dipaksa mahupun disuruh? pasti jawapannya ya kan?..ermm..itulah tandanya kegembiraan kita di dalam kesedihan. bila kita terlalu gembira, hati mudah lupa seketika apa yang berlaku disekeliling. jadinya, tidak salah untuk kita bergembira tapi biarlah berpada-pada. jika kita tidak berpada-pada ketika bergembira, dan apabila ditimpa kesedihan, diri tidak dapat mengiimbanginya.kekadang tu boleh mendatangkan kesakitan pada jiwa yang terlalu leka ketika bergembira apabila kesedihan menjemput bersama untuk menempatkan diri di dalamnya.. maka beralunanlah irama sendu sendawa kehidupan yang dikatakan fitrah hidup...

p/s..bergembira tidak salah namun selitkanlah ia dengan kesedihan, nescaya kegembiraan itu akan membawa seribu makna dalam hidup kita.
........DAN..........
apabila kita dirundung kesedihan, hadirkanlah peristiwa yang mengembirakan. pasti kesedihan itu tidak terbawa2 kepada jiwa lalu kita beremosi tanpa sedar..
ia dapat dikawal jika kita pandai bermain dengan situasi serta emosi..=)

No comments:

Post a Comment

:: teRimAlaH perMohonAnku yA tuHan... ::

:: pErinGatAn beRsaMa ::