Friday, December 3, 2010

:: be strong..me is me.. ::


cuaca hari ini begitu mendung..bumi dibasahi hujan yang tidak henti2 sejak akhir ini mungkin jua kerana musim terkujuh sudah tiba..angin menyapa dengan lembut sekali..rasa kesejukkan itu menusuk hingga ke tulang sehinggakan ada sesetengah insan yang malas untuk bangkit dari buaian mimpi disebabkan enaknya melayan mata yang lembut2 ayu..
sebenarnya diri ini tidak ingin memanjangkan pembukaan kata2, ia sekadar perlu untuk memaniskan bicara tutur kata supaya karangan dibaca memuaskan hati..
kita memang tidak dapat lari dari lumrah hidup. bila kekekuatan yang dimohon, semakin banyak kesabaran teruji untuk memimpin hati agar tidak terluka dek terguris oleh sesuatu yang tidak enak didengar atau diketahui. bukan senang untuk mendapat kekuatan yang dihadiri bersama ketabahan yang tinggi menggunung. dan tidak semua orang dapat menaklukinya..
aku????
x dapat diungkapkan..x tahu apakah jawapan yang munasabah yang patut aku uraikan..
setiap kali aku diuji, doa ku tadahkan setingginya pada ilahi agar aku dikurniakan kekuatan serta ketabahan fizikal dan mental agar aku dijauhkan dari melatah apabila aku diuji olehNYA. DIA-lah tempat aku mengadu...
aku akui, aku seorang yang lemah..airmata adalah peneman setiaku dikala hati di rundung keresahan. aku tidak dapat menafikannya..aku tak kisah bila wajah ceria bertukar suram dilihat oleh teman2 kerana bagiku ia adalah suatu fitrah bagi setiap insan. lebih2 lagi perempuan yang dilahir dengan hati lembut sejak azali lagi..
hati ini tidak ingin membuka bicara setiap apa yang terasa. hanya di atas helaian inilah penemanku yang aku rasa cara untuk aku mengurangkan bebanan fikiran. memang payah sekali untuk meluahkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati. untuk menjadi seorang yang cekal bukan sesuatu yang mudah... ia terpulang pada individu itu sendiri dan cara untuk memimpin hati supaya tidak terus dirundung kepiluan yang panjang hingga tiada kesudahan...
aku sedar semua orang x perfect...begitu jua diriku ini... aku juga tidak terniat untuk mengadu masalah ini kepada sesiapa. aku hanya untuk meneneramkan hati sendiri. ini adalah caraku...
aku mengenali siapa diriku yang sebenarnya..tabahkanlah hati duka nan berduri..

TUHAN....BANTUILAH HAMBAMU YANG LEMAH INI.....

No comments:

Post a Comment

:: teRimAlaH perMohonAnku yA tuHan... ::

:: pErinGatAn beRsaMa ::